Saturday 3 May 2014

Masjid di Rusia

Masjid "Biru" St Petersburg

Masjid "Biru" St Petersburg. Sumber: Lori / Legion Media.
Pembangunannya Masjid Saint Petersburg pada 1910 untuk menghormati Emir Bukhara dan menandakan bergabungnya Asia Tengah dengan Rusia. Peristiwa ini terjadi di era Alexander III, ketika kerajaan hormati kepentingan komuniti muslim yang saat itu berjumlah lebih daripada 8 ribu orang.

Selepas projek pembangunanya rampung pada 1913, masjid ini adalah tempat ibadah terbesar di Rusia. Masjid ini dapat menampung lima ribu umat. Dua menaranya menjulang 49 meter dan tinggi kubahnya 39 meter.
Kubah Masjid St Petersburg hampir merupakan tiruan tepat dari Makam Gur Emir di Samarkand (abad ke-15). Tempay disimpannya abunya Timurleng, yang Sang Penakluk Asia Tengah.Masjid Heart of Chechnya (Hati Chechnya)


Masjid Heart of Chechnya (Hati Chechnya)


Masjid Heart of Chechnya. Sumber: Lori / Legion Media
Masjid The Heart of Chechnya (Hati Chechnya), yang dinamakan oleh Akhmad Kadyrov, presiden pertama Republik Chechnya. Salah satu masjid terbesar di Eropah ini mampu menampung lebih daripada 10 ribu orang.
Luas total kompleksnya mencapai 14 hektar. Jika diperlukan, jamaah dapat melaksanakan ibadah solat di galeri-galeri musim panas dan lapangannya.Empat menara setinggi 63 meter mengelilingi Heart of Chechnya merupakan yang tertinggi di Rusia.
Luaran dan dalaman dinding masjid dilapis marmar. Para perajin asal Turki melukiskan kaligrafi yang diambil dari ayat-ayat Al-Qur'an di sepanjang dinding-dinding masjid. Kaligrafi dilukiskan dengan tinta emas high terbaik.
Kemegahan bahagian dalamnya dapat dilihat dari lapan lampu gantung kristal Swarovski. Untuk menciptakannya, Swarovski menggunakan beberapa tan gangsa dan 2.5 kg emas berkualiti tertinggi.

Masjid Kul Sharif


Masjid Kul Sharif. Sumber: Lori / Legion Media

Setelah tiga kali penyerbuan pada awal abad ke-16, barulah tentera Rusia yang dipimpin oleh Grozny (Si Kejam Ivan) mampu menakluk Kazan, ibu negara negara Islam Kazan Khanate. Menurut salah satu versi kisahnya, pasukan Ivan Grozny merampas dan membawa "Kazan Cap" - mahkota para Khan Kazan - dari Kazan ke Moscow. Menurut versi kedua, para pembuat perhiasan dari Khanate yang ditawan membuat "mahkota" ini khusus untuk sang Tsar Rusia.

Bentuk "Kazan Cap" itu memberi inspirasi kepada arkitek utama masjid Kul Sharif di Kazan. Masjid didirikan di lokasi bekas menara masjid yang dihancurkan pasukan Ivan Grozny.Masjid ini dibuka untuk meraikan ulang tahun bandar Kazan yang ke seribu dan merupakan salah satu masjid paling menakjubkan di dunia menurut Huffington Post, The Wondrous, dan banyak lain.

Interior masjid dengan menara setinggi 52 meter ini mampu diisi 1,500 orang, Sementara 10 ribu orang lain ditampung di alun-alunnya.Pembiayaan pembangunannya yang dijangka mencapai 400 juta Rubles, sepenuhnya didapatkan dari sumbangan. Di dewan utama masjid, ada buku-buku yang menyenaraikan nama empat puluh ribu orang dan organisasi penyumbangnya.

Masjid Juma Derbent


Masjid Juma Derbent Sumber: Lori / Legion Media 


Masjid tertua di Rusia dan CIS (Komanwel Negara-negara Merdeka)
Derbent yang merupakan salah satu bandar tertua di dunia ditubuhkan pada 438 M. Masjid Juma dibina pada tahun 773 M. Sesuai namanya, masjid ini dibina untuk menampung warga bandar menjalankan ibadah solat Jumaat. Jangan hairan jika bangunan adalah yang terbesar di Derbent pada masa itu.
Akibat gempa pada abad akhir ke-14, masjid tertua di Rusia ini mengalami kerosakan teruk sehingga dilakukan pemulihan besar-besaran. Sayang sekali selama berlangsungnya kempen ateis pada 1930-an, masjid ini ditutup. Bahkan beralih fungsi menjadi penjara bandar.
Fungsinya sebagai tempat ibadah baru dipulihkan pada pertengahan abad ke-20 yang sekaligus menandakan pemulangannya kepada Dewan Ulama Derbent. Sekarang masjid megah ini dimasukan UNESCO dalam senarai Warisan Budaya Dunia.

Masjid Noorda Kamal



Masjid Noorda Kamal. Sumber: Lori / Legion Media.
Masjid paling utara di dunia. Masjid Noorda Kamal adalah salah satu bangunan yang paling indah di bandar Norilsk, Artik. Masjid ini disenaraikan dalam Guinness Book of Records sebagai masjid yang letaknya paling utara di dunia. Rekbentuknya sangat khusus, berbeza dari masjid lain di dunia. Maklum saja ini kerana harus menyesuaikan dengan keadaan cuaca dan iklim yang melampau di Far North ( Jauh). 

Contohnya menara Norilsk. Bila di masjid lain bentunya bulat, menara Masjid Noorda Kamal persegi. Hal ini berdasarkan fakta bahawa dengan membina dinding seperti itu, batu bata tidak membeku dan lebih tahan terhadap beban angin.
Masjid ini dibina oleh pengusaha Mithada Bikmeyeva, seorang etnik Tatar yang lahir di Norilsk. Masjid ini dinamakan Noorda Kamal, untuk menghormati ayahnya Nuritdin dan ibunya, Gaynikamal.

Masjid Lala-Tulip



Masjid Lala-Tulip. Sumber: Lori / Legion Media.
Masjid Agung-Madrasah Lala-Tulip adalah pusat aktiviti muslim di Republik Bashkortostan. Pembangunan masjid ini dimungkinkan berkat sumbangan dari kerajaan dan umat Islam dan pemeritah.
Boleh ditebak bahawa masjid ini menarik kerana reka bentuknya. Bentuk dan warna bangunan utamanya mirip bunga tulip yang mekar. Puncak dua menaranya menyerupai tunas.

Persamaan ini disengajakan. Bunga Tulip adalah simbol bangsa Turk dari zaman kuno. Menurut kisah lagenda Bashkir, kebahagiaan terletak di dalam tulip tunas yang belum mekar.
Lala-Tulip boleh menampung hingga seribu jamaah, dan menaranya yang setinggi 53 meter menjadikannya masjid tertinggi ketiga di Rusia, selepas Masjid Heart of Chechnya (63 m) dan Kul Sharif (57 m).

Masjid Mukhtarov

Masjid Mukhtarov di Vladikavkaz. Sumber: Lori / Legion Media.

Masjid Sunni atau Masjid Mukhtarov yang bediri di tepi kiri Sungai Terek, merupakan salah satu lambang Vladikavkaz, ibu negara Republik Kaukasus Ossetia-Alania Utara. Masjid ini dibina mulai 1905 dan tuntas tiga tahun kemudian. Murtaza Agha Mukhtarov, jutawan minyak dari Baku, membiayai pembangunannya kerana isterinya berasal dari Vladikavkaz.

Dalam Masjid Mukhtarov di Vladikavkaz. Sumber: Lori / Legion Media.
Masjid Sunni atau Masjid Mukhtarov yang bediri di tepi kiri Sungai Terek, merupakan salah satu lambang Vladikavkaz, ibu negara Republik Kaukasus Ossetia-Alania Utara. Masjid ini dibina mulai 1905 dan tuntas tiga tahun kemudian. Murtaza Agha Mukhtarov, jutawan minyak dari Baku, membiayai pembangunannya kerana isterinya berasal dari Vladikavkaz.Masjid ini dibina dengan gaya Mesir, ini terlihat dari seni bina menyerupai Universiti Al-Azhar yang terkenal. Masjid ini dibina daripada batu kapur putih yang dibawa dari pinggir bandar Baku.
Ketika kampenye ateis berlangsung, pada 1934 dewan bandar Soviet memutuskan untuk menghancurkan masjid ini. Sebagai tanggapannya, YI Betkenev, komander Kompi Tatar ke-25, memerintahkan anak buahnya untuk melindungi masjid. Kerajaan akhirnya menyerah, dan memberikan status monumen seni bina kepada masjid yang megah ini.

No comments:

Post a Comment