Thursday 8 May 2014

Institusi perubatan di Rusia

Persatuan Perubatan Islam Malaysia Russia Student Chapter (Moscow)


Persatuan Perubatan Islam Malaysia (PPIM) telah diasaskan pada tahun 1990 dan berfungsi sebagai badan profesional yang mengumpulkan doktor-doktor muslim dari sektor kerajaan dan swasta. Jumlah keahlian PPIM kini telah meningkat kepada ribuan ahli, dari pegawai tempatan ke pakar perunding, profesor dan dekan-dekan fakulti perubatan. Juga ahli bersekutu dari profesion pergigian, persekutuan kesihatan, staf paramedik , jururawat, dan pelajar perubatan.

PPIM mengadakan kerja-kerja berasakan Islam di luar skop kerajaan dan sektor perubatan swasta. Banyak cawangan telah ditubuhkan di universiti-universiti tempatan dan juga universiti-universiti luar negara dengan tujuan menyatukan pengamal perubatan professional dan pelajar-pelajar di bawah satu persatuan. Berikutan peningkatan jumlah pelajar perubatan di Russia, PPIM-Moscow Student Chapter (PPIM-MSC) di Russia telah bersatu di bawah satu bumbung dan satu lagi cawangan baru telah dilancarkan dan dikenali sebagai PPIM-Russia Student Chapter (PPIM-RSC).




No comments:

Post a Comment